PBB Bukan Wahana Penularan "Virus Politik"

2020-09-24 12:33:55  CRI
Share with:

Perdebatan umum Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Ke-75 telah diadakan secara dalam talian berbanding secara biasa berikutan penularan wabak COVID-19.

Kebanyakan negara dan pertubuhan antarabangsa menyeru agar cabaran global ditangani dengan menjunjung multilateralisme, perpaduan dan kerjasama.

Bagaimanapun, Amerika Syarikat (AS) dilihat tidak mengendahkan seruan tersebut, dan sebaliknya menyemai benih pertelingkahan, mengkritik China dan menyebarkan ‘virus’ dalam suasana kerjasama antarabangsa.

Sikap yang profesional, rasional serta bertanggungjawab perlu diambil dalam penyelidikan virus dan China menentang keras terhadap stigma dan agenda mempolitikkan isu ini.

Sekadar rekod, China berjaya mengawal wabak dalam jangka masa yang pendek, sehingga menyelamatkan nyawa dunia dalam jumlah yang besar.

Bagaimana pula dengan kesudahan tindakan AS yang mempunyai teknologi perubatan paling canggih dan kewangan paling banyak?

Pada 2 Februari, hanya belasan sahaja kes positif yang dilaporkan iaitu ketika negara terbabit menutup sempadannya terhadap kesemua warga China dan kini jumlah itu menghampiri 7 juta dengan kes kematian melebihi 200 ribu dalam beberapa bulan sahaja.

Negara termaju itu turut merampas barangan melawan wabak milik negara lain, merebut paten vaksin pihak lain, menghalang eskport barangan domestik, bahkan mengundurkan diri daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sehingga menjadi malapetaka terbesar terhadap kerjasama global.

高蕾