Bekas PM Jepun Sahut Seruan Presiden China Xi Jinping

2020-09-25 12:49:56  CRI
Share with:

Bekas PM Jepun Sahut Seruan Presiden China Xi Jinping_fororder_y

Baru-baru ini, Presiden China, Xi Jinping telah membentangkan langkah China untuk mempertahankan multilateralisme dan membentuk komuniti berkongsi nasib dalam siri sidang sempena ulang tahun ke-75 Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Kenyataan itu mendapat reaksi positif daripada mantan Perdana Menteri Jepun, Yukio Hatoyama yang amat bersetuju untuk bersama-sama membentuk komuniti kesihatan dan kebersihan manusia.

Beliau yang diwawancara Kumpulan Media China (CMG) menzahirkan kekagumannya terhadap kejayaan China dalam mengawal wabak sambil menghulurkan bantuan kepada negara lain.

Yukio Hatoyama turut mencadangkan bahawa idea tersebut boleh mula dilaksanakan dari pembentukan pencegahan wabak Asia Timur dan berharap China dapat berkongsi pengalaman dan hasil penyelidikan dengan dunia.

Ketika membicarakan idea Presiden Xi  tentang mempertahankan multilateralisme dan memelihara sistem antarabangsa yang berteraskan PBB, Yukio Hatoyama menyatakan, PBB selaku mekanisme penyelarasan pelbagai hala yang ditubuhkan pasca Perang Dunia Kedua telah memainkan peranan yang amat penting dalam mewujudkan kedamaian dan pembangunan manusia.

Katanya, jika sesetengah anggota tetap PBB hanya mahu mengejar kepentingan sendiri, fungsi PBB akan menjadi lemah manakala jika semua pihak menaruh harapan untuk mewujudkan kedamaian antarabangsa, PBB pasti akan terus memainkan peranan yang penting. 

曹捷