Suara Lantang Sokong Teguh PBB

2020-09-25 13:31:46  CRI
Share with:

Pemimpin-pemimpin dari banyak negara menzahirkan sokongan teguh terhadap Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), dalam ucapan menerusi pautan video sempena sesi perbahasan umum Perhimpunan Agung PBB (UNGA) ke-75 baru-baru ini.

Mereka juga menyeru supaya sinergi antarabangsa diperhebat dan multilateralisme dipertahankan.

Presiden Kyrgyzstan, Sooronbay Zheenbekov menekankan betapa pentingnya peranan sistem PBB untuk mengatasi isu global. Ujarnya, penularan pandemik COVID-19 dikawal dengan efisien di Kyrgyzstan adalah berkat bantuan berturut-turut yang dihulurkan PBB dan rakan-rakan antarabangsa lain.

Presiden Indonesia, Joko Widodo pula berkata, PBB sistem yang membawa idaman dan komitmen bersama terhadap keamanan dan kemakmuran sejagat. Dalam konteks dewasa ini, PBB harus memimpin negara-negara terlibat berganding bahu menangani cabaran global secara lebih proaktif dan efektif.

周乔西