Forum Awan Industri Kebudayaan dan Pelancongan Digital China-Malaysia

2020-09-25 12:03:20  CRI
Share with:

Buat pertama kalinya, Forum Awan Industri Kebudayaan dan Pelancongan Digital China-Malaysia telah diadakan secara dalam talian yang melibatkan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Dato' Sri Nancy Shukri, Duta Besar China ke Malayasia, Bai Tian serta wakil kedua-dua negara meliputi institut pengajian tinggi, pemain industri dan syarikat budaya dan hiburan.

Forum dalam talian ini juga secara tidak langsung menandakan tahun budaya dan pelancongan kedua-dua negara pada tahun 2020 ini telah dirasmikan dengan tema "tahun budaya dan pelancongan China-Malaysia 2020 dan budaya dan pelancongan digital jalan sutera".

Dato' Sri Nancy Shukri dalam ucapannya berkata, pertukaran dan kerjasama kedua-dua negara dalam bidang kebudayaan dan pelancongan telah menggalakkan ikatan persahabatan dan persefahaman antara rakyat kedua-dua negara terus bertambah.

Kata beliau, era digital dipenuhi harapan baharu dan aktiviti industri budaya digital telah menyediakan platform baharu kepada pertukaran dan kerjasama antara negara.

Sementara itu, Bai Tian pula menyatakan, aktiviti secara dalam talian telah membawa kandungan yang pelbagai jenis dan menyediakan platform pertukaran yang lebih luas kepada rakyat terutamanya golongan muda kedua-dua negara, dan diyakini akan menyuntik tenaga baharu kepada transformasi dan pemulihan industri kedua-dua pihak.

Menurut laporan, aktiviti termasuk pameran awan budaya dan pelancongan digital, salon belia dan kejohanan e-sukan akan diadakan secara dalam talian pada 24 hingga 30 September.

曹捷