Cakap Besar, Tergigit Lidah

2020-09-25 11:50:22  CRI
Share with:

Semasa berucap dalam perbahasan umum sesi ke-75 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) baru-baru ini, pemimpin AS memanggil lagi COVID-19 sebagai “virus China” dengan motif tersembunyi, malah mendakwa China perlu bertanggungjawab atas penularan wabak.

Tanpa mengenal rasa malu, pemimpin AS juga bercakap berdegar-degar bahawa pihaknya telah membendung COVID-19 secara berkesan, meskipun wabak tersebut telah meragut lebih 200 ribu nyawa di negara itu.

Di hadapan masyarakat antarabangsa, politikus AS menjadikan PBB “pentas persembahan” untuk mengaut laba politik, tindakan sungguh keji yang mencemari Piagam PBB dan semangat multilateralisme.

Dusta tidak dapat menggantikan kebenaran. Sumbangan China dalam melawan  wabak COVID-19 jelas terpapar di hadapan seluruh dunia, termasuk serta-merta melaporkan maklumat, berkongsi pengalaman dan menyediakan bantuan kepada negara-negara lain termasuk AS.

Senario berbeza berlaku di AS apabila politikusnya dilihat tidak pernah memberi tumpuan kepada usaha melawan wabak, sebaliknya sibuk mencari kambing hitam dan menghasut antagonisme antara kaum bagi mengalihkan perhatian orang ramai.

Dalam ucapan menerusi pautan video pada UNGA, pemimpin pelbagai negara telah melantangkan komitmen untuk memperkukuh multilateralisme, di samping memperkasakan solidariti dan kolaborasi.

Canselor Jerman, Angela Merkel berkata, segelintir negara berdegil menghalang PBB daripada memainkan peranan sewajarnya. Namun, isu-isu global memerlukan permuafakatan dan kerjasama semua melibatkan segenap peringkat. 

张哲