Sekat TikTok, Sifat Perampas Jelas Terpapar

2020-09-26 16:43:03  CRI
Share with:

Sekat TikTok, Sifat Perampas Jelas Terpapar_fororder_2020092519562271125

Dalam tempoh setahun ini, AS terus-menerus meningkatkan tekanan terhadap TikTok, aplikasi klip video milik China kendalian syarikat ByteDance, lebih-lebih lagi memaksa TikTok menjual operasi perniagaannya di AS kepada syarikat negara itu dengan dalih “keselamatan negara”. Perbuatan keji seumpama jelas memaparkan amalan membuli dan sifat perampas AS.

Sebagai sebuah aplikasi media sosial yang diminati ramai, TikTok mempunyai lebih seratus juta pengguna di AS.

Sekat TikTok, Sifat Perampas Jelas Terpapar_fororder_2020092519563323500

Untuk meletakkan TikTok di bawah kawalan syarikat sendiri, bermacam-macam taktik kotor telah dimainkan AS termasuk mengenakan tekanan ekstrem, menyebarkan dakwaan liar dan maklumat palsu, malah memasang perangkap untuk mempersalahkan syarikat China berkenaan.

Tindakan AS itu ternyata rampasan terang-terangan yang mencabuli keselamatan dan maruah negara serta kepentingan syarikat China.

张哲