Dunia Diseru Perkukuh Solidariti Hapus Wabak

2020-09-27 15:09:42  CRI
Share with:

Perdana Menteri Britain, Boris Johnson dalam sesi perbahasan umum Perhimpunan Agung PBB (UNGA) ke-75 menyeru rakyat sedunia bersatu padu melawan pandemik COVID-19 yang membawa cabaran luar biasa kepada masyarakat antarabangsa.

Tegas beliau, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) masih merupakan agensi yang memimpin umat manusia untuk menewaskan pelbagai jenis penyakit. Britain berjanji akan memberi sokongan sepenuhnya terhadap WHO, dan terus menambah sumbangan dana kepada pertubuhan itu.

周乔西