Seru Sinergi Global Harungi Cabaran Getir

2020-09-27 14:32:43  CRI
Share with:

Satu persidangan peringkat tinggi mengenai pembasmian kemiskinan dan kerjasama Selatan-Selatan berlangsung secara maya semalam, anjuran bersama China dengan Jabatan Ekonomi dan Hal Ehwal Sosial PBB (UNDESA) dan Program Pembangunan PBB (UNDP).

Menteri Luar China, Wang Yi dalam ucapannya pada sidang itu berkata, pelbagai negara khususnya negara-negara membangun berhadapan tugas berat untuk membendung pandemik COVID-19 sambil menstabilkan pertumbuhan ekonomi dan menjamin kesejahteraan rakyat. Demi mengharungi cabaran getir ini dan mengejar pembangunan lebih cemerlang, solidariti dan sinergi antara satu sama lain perlulah diperkukuh.

Dalam pada itu, beliau turut mengetengahkan beberapa saranan, antaranya termasuk menjaga kedudukan teras Agenda Pembangunan Mampan 2030, mencapai matlamat menghapuskan kemiskinan tegar dan merangsang kedinamikan kerjasama Selatan-Selatan pada era baharu ini.

周乔西