Konsep “Utamakan AS” Ancam Kedamaian Dunia

2020-09-27 13:33:15  CRI
Share with:

Pemimpin AS sekali lagi berlagak menggembar-gemburkan unilateralisme semasa menyampaikan ucapan menerusi pautan video dalam perbahasan umum sesi ke-75 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) baru-baru ini. Ucapan yang dipenuhi dusta itu mengundang kritikan masyarakat antarabangsa, dan dianggap hanya membawa maksud “AS perlu didahulukan”.

Walaupun sudah menarik diri secara sepihak daripada perjanjian isu nuklear Iran pada Mei 2018, namun Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo masih menuntut Majlis Keselamatan PBB (UNSC) supaya menghidupkan mekanisme “pemulihan sekatan secara pantas”. Tindakan itu ditentang oleh kebanyakan anggota UNSC.

Ucapan pemimpin AS itu ternyata memaparkan erti sebenar konsep pentadbirannya yang  sarat dengan unilateralisme dan hegemoni, semata-mata demi kepentingan sendiri. Ia pasti akan menjejaskan order antarabangsa, malah kedamaian dunia.

Amalan AS itu mendapat bidasan balas hebat daripada masyarakat antarabangsa apabila UNGA melantangkan komitmen untuk mempertahankan multilateralisme. 

张哲