Ameba Pemakan Otak Ditemui dalam Bekalan Air Texas

2020-09-28 13:43:03  CRI
Share with:

Ameba Pemakan Otak Ditemui dalam Bekalan Air Texas_fororder_Ameirka

Suruhanjaya Kualiti Persekitaran Texas Amerika Syarikat (AS) pada 25 September mengeluarkan kenyataan bahawa ‘Naegleria fowleri’, sejenis ameba pemakan otak manusia ditemui dalam sistem bekalan air di kawasan tenggara negeri itu.

Dalam kenyataan tersebut, penduduk di lapan buah bandar negeri itu digesa untuk tidak menggunakan air bekalan sistem itu.

Walau bagaimanapun, suruhanjaya tersebut pada 26 September memaklumkan bahawa semua sumber air adalah selamat kecuali Tasik Jackson.

Naegleria fowleri mampu menyerang otak manusia dan mengakibatkan penyakit primary amebic meningo-encephalitis dengan kadar kematiannya lebih daripada 95%.

覃淼