Ahli Politik Pelbagai Negara Berjanji Tahankan Piagam PBB

2020-09-28 13:22:43  CRI
Share with:

Sesi perdebatan umum Perhimpunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah memasuki hari kelima pada 26 September lalu. Perdana Menteri dan Menteri Luar dari pelbagai negara masing-masing menyampaikan ucapan secara video yang berjanji mempertahankan manifesto dan prinsip-prinsip yang terkandung dalam Piagam PBB, menentang amalan unilateralisme serta memelihara keadilan dan adalat.

Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen menyatakan, amalan unilateralisme dan perbuatan membuli negara yang lemah sedang membangkit sehingga mengancam order antarabangsa dan mutilateralisme. Suara rasional telah ditutup oleh sekatan sepihak dan langkah-langkah politik, ekonomi dan kewangan yang bersifat paksa. Ini berlaku kerana negara yang paling kuat itu memilih mendahulukan kepentingan sendiri tanpa mengendahkan kepentingan negara lain. 

Naib Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Syria, Walid Muallem menyatakan, jelaslah langkah-langkah mengancam yang diambil sesetengah negara  telah melanggar undang-undang antarabangsa. Beliau menyeru semua negara yang terpengaruh bersatu-padu untuk menentang langkah-langkah sepihak.

Menteri Luar Singapura, Vivian Balakrishnan menyatakan, dalam konteks situasi dunia terus bergolak, sistem multilateralisme menghadapi banyak masalah termasuk nasionalisme, xenofobia, penyingkiran terhadap perdagangan bebas dan integrasi ekonomi global serta pembahagian dan perubahan rantai teknologi dan bekalan. Kesemua ini sudah pun menjadi semakin buruk akibat penularan wabak COVID-19, dan akan terus meruncing ekoran perlindungan perdagangan dan tindakan sepihak yang dianggap justeru seperti 'betung ditanam, aur tumbuh'.

曹捷