Ekspo China-ASEAN ke-17 Bakal Dirasmikan November

2020-09-28 12:28:41  CRI
Share with:

Ekspo China-ASEAN ke-17 dan sidang kemuncak perniagaan dan pelaburan bakal diadakan di Nanning, Guangxi pada 27 November tahun ini. Menurut pengumuman pihak penganjur, kedua-dua aktiviti tersebut akan diadakan secara “dalam dan luar talian” memandangkan situasi pencegahan wabak COVID-19 kini.

Naib Pengerusi Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi, Zhou Hongbo dalam sidang akhbar semalam menyatakan siaran langsung dalam talian dan promosi melalui pelbagai saluran akan diutamakan dalam ekspo China-ASEAN kali ini. Sementara itu, mesyuarat antarabangsa dan rundingan perniagaan dapat diadakan secara dalam talian melalui wahana disediakan pihak penganjur.

张宪