CAFTA, Salah Satu FTA Paling Dinamik

2020-09-28 14:22:17  CRI
Share with:

Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA) telah menjadi salah satu kawasan perdagangan bebas (FTA) yang paling dinamik di dunia.

Menurut penolong Menteri Perdagangan China, Li Chenggang dalam sidang taklimat semalam, kedua-dua pihak China dan ASEAN berjaya mendorong kebebasan dan kemudahan perdagangan dan pelaburan serantau dalam tempoh sedekad lalu. Jumlah perdagangan bilateral melambung daripada USD 292.8 bilion (RM 1.22 trilion) pada 2010 kepada USD 641.5 bilion (RM 2.67 trilion) pada 2019. Pelaburan dua hala telah mencapai USD 223 bilion (RM 930 bilion) setakat akhir tahun 2019. Sebanyak 25 kon kerjasama ekonomi dan perdagangan seberang laut ditubuhkan oleh China di negara-negara ASEAN yang sudah pun menjadi rakan dagang terbesar bagi China pada tahun ini.

Dimaklumkan, China komited melaksanakan kenyataan bersama Menteri Perdagangan China-ASEAN bagi melawan wabak dan memperhebat kerjasama perdagangan, serta pelaksanaan perjanjian perdagangan bebas (FTA) supaya membawa lebih banyak faedah kepada sektor korporat dan rakyat kedua-dua pihak.

高蕾