Penindasan terhadap Syarikat China Langgar Undang-undang

2020-09-29 13:05:13  CRI
Share with:

Malam kelmarin, iaitu 4 jam sebelum batas waktu pembatalan aplikasi TikTok yang ditetapkan Jabatan Perniagaan Amerika Syarikat (AS), Carl J Nichols, hakim dari Mahkamah Persekutuan Daerah Columbia, Washington menandatangani surat pengadilan untuk menghentikan sementara perintah larangan yang segera akan berkuatkuasa itu, bagaimanapun tetap melarang peniaga siber domestik menyediakan perkhidmatan kepada TikTok bermula 12 November. Ini bemakna TikTok mendapat masa untuk bernafas, namun tetap susah dalam permainan catur dengan AS.

Ini merupakan satu lagi mahkamah persekutuan yang menolak perintah eksekutif politikus AS yang giat menindas syarikat teknologi internet China, setelah Mahkamah Persekutuan California Utara yang menghentikan perintah larangan terhadap WeChat, dan juga membuktikan perbuatan kerajaan AS seumpama itu tidak berasas dan tidak menyakinkan.

Perjanjian yang tercapai antara TikTok dengan perusahaan tempatan AS di bawah tekanan, bukan sekadar urus niaga sahaja, malah mencerminkan penindasan politik yang terang-terangan. Bagaimanapun, AS perlu menyedari bahawa China, sebagai negara yang pernah menempuh jalan yang penuh ranjau duri, tidak akan menunduk kepada sebarang ancaman, dan pasti mengambil langkah yang seperlunya untuk melindungi hak dan kepentingan syarikat negara sendiri. Amalan perlindungan dan perbuatan hegemoni ketakdiran gagal, terbukti dengan sejarah silam.

高蕾