'Lepaskan Kaitan' dengan China? Permainan 'Bodoh' Politikus AS

2020-09-30 15:13:38  CRI
Share with:

James Kynge, wartawan kanan Financial Times, Britain berpendapat bahawa AS kemungkinan besar kalah dalam “peperangan sains teknologi” dengan China. Menurut beliau, masalah dihadapi Washington sekarang ini adalah, penindasan terhadap syarikat teknologi canggih China mungkin membawa impak buruk terhadap AS sendiri, baik dari jangka masa yang pendek mahupun dari yang panjang.

Penindasan politikus AS terhadap syarikat teknologi China seperti Huawei, TikTok dan Wechat sudah sampai tahap “hampir gila”. Namun pada pandangan ramai ahli penganalisis, perbuatan AS ini tidak dapat mengundang faedah, sebaliknya hanya akan menjeret leher sendiri.

Penindasan kerajaan AS sebenarnya memberi satu tanggapan negatif kepada dunia luar bahawa pasaran AS berisiko semakin tinggi dari segi politik dan tidak sesuai untuk ditanam pelaburan. Selain itu, semakin banyak produk buatan AS akan dilabelkan “mudah dipolitikkan” sehingga daya saingnya terjejas.

David Ignatius, penulis kolum The Washington Post baru-baru ini menerbitkan satu karangan menunjukkan bahawa “bodoh sekali” perbuatan sesetengah politikus AS buat masa kini. Kerajaan AS perlu mendengar suara yang rasional, dan segera menghentikan tindakan yang menjejaskan pelaburan dan inovasi sains teknologi antara China dengan AS.

 

张宪