"Hak Asasi Ala AS" Hipokrit Saja

2020-10-01 14:25:40  CRI
Share with:

Sidang ke-45 Majlis Hak Asasi Manusia Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) diadakan di Geneva, Switzerland baru-baru ini. Pelbagai masalah yang terdedah akibat penularan pandemik COVID-19 di Amerika Syarikat (AS) seperti tindakan mencabul hak asasi manusia dan diskriminasi ras mengundang perhatian dan menimbulkan kebimbangan pelbagai pihak. Wakil pelbagai negara menggesa AS menghormati kebenaran dalam isu hak asasi manusia, di samping menyampaikan kemarahan terhadap dwistandard yang diamalkan AS dalam isu tersebut yang bermotifkan politik, serta menuntut negara itu memandang dengan betul masalahnya sendiri.

Sementara itu, protes membantah diskriminasi ras dan kekerasan penguatkuasaan oleh polis terus berlaku di pelbagai tempat di AS. Keadaan sebegini memperlihatkan apa yang disebut sebagai "hak asasi manusia ala AS" adalah hipokrit sahaja.

Setelah pandemik COVID-19 menular secara mendadak, pihak berkuasa AS hanya mementingkan diri sendiri dan tindakan yang diambilnya kurang berkesan dan tidak bertanggungjawab. Sikap tersebut mengakibatkan kira-kira 7.1 juta rakyat AS dijangkiti virus berkenaan dan lebih 200 ribu orang telah meninggal dunia. Masalah diskriminasi yang kian teruk membawa bencana hak asasi manusia kepada rakyat di negara itu.

Dari zaman duhulu hingga sekarang, diskriminasi ras di AS menjadikan pertentangan masyarakat dan pemecahbelahan semakin teruk. Dasar yang salah dan langkah yang tidak masuk akal oleh politikus AS menjejaskan imej negara itu. AS yang banyak kelemahan dalam bidang hak asasi manusia terdedah di depan masyarakat antarabangsa tidak berhak untuk menuding jari kepada negara lain dalam bidang tersebut.

徐国玮