Pengalaman China Suntik Tenaga Positif Kepada Perlinudungan Ekologi Global

2020-10-02 12:15:56  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping telah mengemukakan empat cadangan di samping berkongsi pengalaman China ketika menyampaikan ucapan pada Sidang Kemuncak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengenai biodiversiti pada 30 September.

Xi ketika menyampaikan ucapan melalui video menyeru pelbagai negara agar memelihara tamadun ekologi dan multilateralisme, mengekalkan pembangunan hijau, mendinamik pemulihan ekonmi pasca wabak, selain meningkatkan kebertanggungjawaban masing-masing.

Beliau turut menekankan prinsip memikul tanggungjawab bersama yang berbeza, serta memberi perhatian kepada kebimbangan negara-negara membangun dari segi dana, teknologi dan kemampuan.

Beliau menjelaskan pengalaman China dari tiga segi, iaitu mewujudkan pembangunan berpandukan tamadun ekologi, mengambil tindakan berkesan, dan aktif mengambil bahagian dalam tadbir urus alam sekitar global.

Di samping itu, Presiden Xi menekankan lagi matlamat China iaitu pelepasan karbon dioksida negara ini akan mencapai tahap kemuncak pada tahun 2030, manakala mewujudkan pelepasan karbon sifar menjelang tahun 2060.

Persidangan Negara Anggota Konvensyen Biodiversiti PBB ke-15 bakal diadakan di bandar Kunming, China pada tahun depan. Kenyataan Presiden Xi yang mengutarakan kerjasama antarabangsa alam menghadapi cabaran global bukan sahaja konsensus masyarakat antarabanga, malah juga menetapkan hala tuju bagai tercapainya konsensus persidangan tahun depan.

覃淼