COVID-19: 317 Kes Positif Baharu di Malaysia

2020-10-04 11:22:42  CRI
Share with:

COVID-19: 317 Kes Positif Baharu di Malaysia_fororder_1126572564_16017345114951n

Jumlah kes positif harian COVID-19 sekali lagi merekodkan angka tertinggi sejak virus itu menular di Malaysia dengan 317 kes baharu.

Ia hari kedua berturut-turut selepas kali terakhir jumlah kes positif harian tertinggi dicatatkan semalam dengan 287 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata pertambahan kes baharu tersebut menjadikan jumlah kes positif wabak itu di Malaysia meningkat kepada 12,088, dengan 137 kematian, manakala 10,216 sudah sembuh.

Menurutnya, kesemua kes baharu itu adakan jangkitan tempatan, dan hampir separuhnya dari Sabah.

覃淼