Ekonomi Baharu Membawa Peluang Baharu

2020-10-05 12:13:15  CRI
Share with:

Menurut laporan terkini Pusat Makluamt Internet China (CNNIC), setakat penghujung Jun lalu, sebanyak lebih 400 ribu stesen 5G telah dibina di negara ini. Angka ini dijangka melebihi 600 ribu menjelang hujung tahun ini. Pembinaan stesen 5G ini dianggap mikrokosma pembinaan prasarana baharu yang dipergiat di negara ini.

Pembinaan prasarana baharu ialah pembinaan prasarana berasaskan sains dan teknologi, yang melibatkan sektor telekomunikasi, tenaga elektril, pengangkutan, dan digital. Pembinaan prasarana baharu dijalankan adalah untuk meletakkan asas pembangunan ekonomi China pada zaman penggunaan teknologi maklumat pintar, selain mewujudkan transfomasi digital, kenaiktarafan pintar dan inovasi terselaras hingga memberikan penggerak demi pembangunan ekonomi yang berkualiti tinggi.

Kini ekonomi China berkembang ke arah yang lebih baik, di samping menghadapi pelbagai kesukaran dan cabaran. Berlatarbelakangkan penularan wabak COVID-19, amalan perlindungan dan bangkitnya unilateralisme, kemerosotan ekonomi dunia, tempiasnya akibat faktor bukan ekonomi kepada rantai bekalan industri dunia, memupuk pemangkin pertumbuhan dan pemangkin utama ialah perkara yang paling penting bagi ekonomi China semasa ini.

Ekonomi baharu yang dipacukan ekonomi digital menunjukkan kedinamikannya ketika melawan wabak ini.

Tahun 2020 ialah tahun akhir dalam Rancangan Lima Tahun ke-13. China akan memasuki fasa pembangunan baharu pada lima tahun akan datang. Ekonomi China akan melonjak ke tahap lebih berkualiti. Ekonomi baharu yang diwakili ekonomi digital akan mendinamikkan ekonomi China dalam usaha menaik taraf rantai industri dan peralihan pemangkin lama dan baharu, selain membantu pemulihan operasi rantai bekalan indusrti global dan memacu ekonomi dunia.

覃淼