Inovasi Sains dan Teknologi China Tingkatkan Kesejahteraan Umat Manusia

2020-10-06 12:17:27  CRI
Share with:

Inovasi Sains dan Teknologi China Tingkatkan Kesejahteraan Umat Manusia_fororder_rencana1

Ahli sains China, Chen Wei ketika memberi taklimat mengenai penyelidikan dan pembangunan (R&D) vaksin wabak COVID-19 baru-baru ini berkata, China merupakan negara pertama yang mengumumkan data ujian klinikal, lima jam lebih awal berbanding Amerika Syarikat (AS). Data ujian fasa kedua pula telah diterbitkan dalam majaalah The Lancet pada 22 Julai dan 24 Julai lepas. Ini juga yang paling pantas. Ketika menghadapi pandemik COVID-19, daya inovasi sains dan teknologi China sekali lagi lulus dalam peperiksaan, ini turut mencerminkan kemajuan sains dan teknologi dalam tempoh Rancangan Lima Tahun Ke-13.

Inovasi Sains dan Teknologi China Tingkatkan Kesejahteraan Umat Manusia_fororder_rencana2

Pada lima tahun lalu, pelbagai hasil inovasi sains dan teknologi China tercapai satu demi satu: satelit kuantum berjaya dilancarkan; alat peninjau berjaya mendarat di belakang bulan; landasan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) pintar beroperasi; kapal induk buatan China pertama digunakan; sistem navigasi satelit Beidou (BDS) siap dibentuk, dan lain-lain.

Kesemua pencapaian yang memberangsangkan itu tidak dapat dipisahkan dengan tumpuan pemimpin China yang sentiasa memandang inovasi sebagai pemacu utama, penambahan peruntukan dalam penyelidikan sains dan teknologi, serta pembaikan suasana inovasi di seluruh masyarakat. Ahli sains China dari generasi ke generasi berbakti untuk mencipta hasil sains dan teknologi negara dalam pelbagai bidang.  

Pada lima tahun akan datang, ahli sains China akan mempergiat komunikasi dan kerjasama dengan dunia dengan sikap terbuka dan inklusif demi kesejahteraan seluruh umat manusia.

胡星