Tuaian Bijirin Lumayan Musim Gugur Ini

2020-10-06 11:27:56  CRI
Share with:

Menurut Kementerian Pertanian dan Hal-Ehwal Desa, China akan mencapai tuaian bijirin yang lumayan pada musim gugur ini dan jumlah penghasilannya bagi sepanjang tahun ini akan mencatat 650 bilion kilogram. Ini tahun ke-6 secara berturut-turut jumlah penghasilan bijirin mencatat tahap tersebut.

Sejak pelaksanaan Rancangan Lima Tahun ke-13, penghasilan bijirin di China bertambah dengan stabil. Jumlah penghasilan bijirin pada tahun lalu mencatat angka 663.85 bilion kilogram dan membaharui rekod sejarah. Jumlah pemilikan bijirin per kapita rakyat China melebihi 470 kilogram, lebih tinggi berbanding dengan taraf purata dunia.

徐国玮