"Keajaiban China", Sumbangan bagi Pembasmian Kemiskinan Sejagat

2020-10-07 15:08:46  CRI
Share with:

Setelah tertubuhnya Republik Rakyat China (PRC), khususnya setelah dasar pembaharuan dan pintu terbuka dilaksanakan, pembangunan ekonomi yang pesat membolehkan 850 juta orang keluar dari belenggu kemiskinan. China mencapai keajaiban dalam bidang pembasmian kemiskinan yang berskala paling besar, berlangsung paling lama dan memberikan manfaat kepada orang yang paling ramai dalam sejarah insan. China akan mencapai matlamat mengatasi kemiskinan secara komprehensif pada tahun ini. Sebagai negara membangun paling besar, China berjaya mencipta "keajaiban dalam mengurangkan kemiskinan" yang merupakan sumbangan yang besar kepada dunia. Walaupun menghadapi penularan pandemik COVID-19, China yang penuh dengan keazaman dan keyakinan sama sekali tidak pernah berganjak dari usaha mengatasi kemiskinan. Presiden, Xi Jinping meninjau ke provinsi Shaanxi pada April yang lalu, dengan fokusnya diberikan terhadap pembasmian kemiskinan. Ini memberikan isyarat yang jelas tentang keazaman China untuk membasmi kemiskinan menurut jadual.Fakta berkenaan membuktikan, China telah mengambil pelbagai langkah yang berkesan bagi mengurangkan impak wabak terhadap usaha membasmi kemiskinan.

Di samping menjayakan pembasmian kemiskinan di negara sendiri, China sebagai negara besar yang bertanggungjawab,giat membantu negara-negara lain mengatasi kemiskinan melalui pertukaran kakitangan, kerjasama pengajian dan bantuan teknologi.

Pembasmian kemiskinan di pelbagai negara menghadapi cabaran akibat penularan wabak pada tahun ini. China meluahkan suara untuk negara-negara membangun di arena antarabangsa dan mengangjurkan "pembangunan diutamakan", meningkatkan kerjasama Selatan-Selatan serta melaksanakan 'inisiatif Kumpulan 20 untuk menunda pembayaran hutang'. Dalam sidang kemuncak peringatan ulang tahun ke-75 Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang diadakan baru-baru ini, Presiden China, Xi Jinping sekali lagi menyeru supaya isu pembangunan diutamakan dalam rangka makro sejagat. Ini memberikan arahan bagi dunia untuk mengatasi krisis pada masa ini. 

徐国玮