Import-Eksport China, Sumbangan Besar kepada Perdagangan Antarabangsa

2020-10-07 15:10:39  CRI
Share with:

Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) semalam mengedarkan laporan kemas kini "Data dan Prospek  Perdagangan Sejagat". Menurut laporan itu, perdagangan sejagat pada setengah tahun pertama tahun ini lebih baik berbanding dengan unjuran sebelum ini. Pakar ekonomi kanan WTO menyatakan, import-eksport China merupakan sumbangan besar bagi perdagangan sejagat.

Pada setengah tahun pertama, jumlah eksport kelengkapan pelindung perseorangan meningkat 49% di seluruh dunia, dengan mencatat USD 98 bilion (RM 407.2 bilion) dan 43.8% daripadanya disumbang oleh pasaran China. Jumlah perdagangan di rantau Asia menurun 6% pada setengah tahun pertama, tetapi jumlah import China dari negara-negara lain di Asia hanya menurun 1% sahaja. Jika tidak mengira sumbangan dari China, jumlah perdagangan di rantau Asia menurun 9%. China bukan sahaja menyerlah dalam bidang eksport, tetapi juga memberikan sumbangan bagi import sejagat.

徐国玮