China Pengamal dan Pembela Multilateralisme

2020-10-08 11:41:28  CRI
Share with:

Presiden ChinaXi Jinping ketika menyampaikan ucapan video dalam sidang kemuncak memperingati ulang tahun ke-75 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) baru-baru ini menyatakan, ketika menghadapi cabaran global yang kian meningkat, dialog dan kerjasama merupakan satu-satunya kaedah penyelesaian. Ucapan beliau mendapat sambutan baik daripada masyarakat antarabangsa, sekali lagi membuktikan betapa mendesaknya dan mustahaknya untuk menghadapi risiko global dengan sikap multilateralisme.

Penularan pandemik COVID-19 membawa impak besar kepada ekonomi dunia. China telah mengambil pelbagai tindakan untuk mengatasi cabaran akibat wabak dan memulihkan ekonomi global, termasuk membela sistem perdagangan multilateral yang berteraskan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), membina "laluan hijau" dengan pelbagai negara bagi memelihara kestabilan rantai bekalan global, serta menyediakan barang-barang bantuan kepada negara-negara berkaitan. Pemulihan ekonomi China turut menyumbang kepada pemulihan ekonomi dunia.

Walaupun munculnya kekuatan antiglobalisasi pada masa sekarang, namun tindakan unilateral tidak dapat mengatasi cabaran dan ancaman global yang kian meningkat. Hanyalah dengan mengamalkan dan memelihara multilateralisme, keterbukaan dan kerjasama, dapatlah mewujudkan pembangunan mampan umat manusia. China akan memelihara tataterbit antarabangsa, menyumbang kepada penyelesaian masalah antarabangsa demi kedamaian dan kesejahteraan dunia.

胡星