Politikus AS yang Berdosa Besar

2020-10-09 14:20:31  CRI
Share with:

Baru-baru ini, perdebatan sengit mengenai isu hak asasi manusia dicetuskan dalam sidang Jawatankuasa ke-3 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) ke-75. Beberapa negara termasuk Amerika Syarikat (AS) dengan niat jahat mencorek arang kepada muka China dalam bidang hak asasi manusia, dan turut menimbulkan bantahan keras dari China. Serentak itu, hampir 70 buah negara bertindak menyokong China sehingga menggugurkan niat sebahagian kecil negara yang cuba mencampuri urusan dalaman China dengan dalih hak asasi manusia. Pengamal multilateralisme sekali lagi berjaya membendung pengamal unilateralisme di pentas PBB.

Sesetengah politikus AS yang mengamalkan dwistandard dalam urusan antarabangsa, bertindak kasar atau melaksanakan sekatan sepihak terhadap negara lain dengan sewenang-wenengnya sehingga menghakiskan kemampuan negara berkenaan untuk membangunkan ekonomi dan meningkatkan taraf kehidupan rakyat. Ini merupakan pelanggaran hak asasi manusia secara sistematik dan berterusan. Para politikus yang hanya berniat mengaut keuntungan peribadi sudah menjadi perosak terbesar terhadap kerjasama global dalam mencegah wabak COVID-19, dan dilihat berdosa besar terhadap rakyat dunia dalam bidang isu hak adasi manusia.

Negara-negara yang kurang maju terutamanya negara yang disekat negara Barat dalam jangka masa yang panjang sudah menghadapi tekanan besar dalam pencegahan wabak, dan amat memerlukan bantuan masyarakat antarabangsa. Namun, segelintir politikus AS bukan sahaja tidak menyampaikan rasa simpati sebaliknya berlagak-lagak menunjukkan kehendak-kehendak politik mereka, seperti mempolitikkan wabak dan terus melaksanakan sekatan agar memperhebat pergolakan dalam masyarakat negara berkenaan, menghasut kebencian dan pertentangan bahkan menggulingkan pemerintah politik negara berkenaan. Tindakan AS yang seumpama menjatuhkan batu kepada orang yang telah terjerumus ke dalam perigi ini telah membuat dunia lebih sedar akan kekejaman, hegemoni dan kemunafikannya yang melampau dari apa yang disebut "demokrasi", "hak asasi manusia" dan "kebebasan" yang sejak sekian lama digembar-gemburkan oleh politikus AS.

Wakil China dalam sidang tersebut mewakili 26 buah negara menyampaikan ucapan untuk menyeru lagi bahawa perpaduan sejagat dan kerjasama antarabangsa adalah senjata yang paling hebat untuk melawan dan mengalahkan wabak COVID-19. Maka, semestinya membatalkan sekatan sepihak dengan serta-merta bagi memastikan semua anggota masyarakat antarabangsa dapat mengatasi wabak dengan menyeluruh, pantas dan berefisiensi tinggi. Pendirian ini sepenuhnya mencerminkan hasrat masyarakat antarabangsa.

曹捷