Ugutan Jadi Modus Operandi Politikus AS

2020-10-10 20:36:11  CRI
Share with:

Beberapa pegawai Amerika Syarikat (AS) termasuk Setiausaha Negara Mike Pompeo dan Setiausaha Pertahanan Mark Esper melemparkan lagi tohmahan terhadap China dengan mendakwa negara ini mengugut negara-negara lain.

Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying dalam sidang media semalam membalas tuduhan itu dengan menyatakan bahawa bagi masyarakat antarabangsa, perkara pertama yang terlintas dalam fikiran mereka tatkala menyentuh mengenai ugutan adalah AS.

Jelas Hua, segelintir politikus AS dalam rangka lawatan ke beberapa benua lain turut mengugut negara-negara terbabit, termasuk negara sekutunya supaya mengikut perintah dan arahan AS dalam isu pembangunan rangkaian 5G.

Beliau berkata, AS bahkan turut mengada-adakan "teoriancaman China" untuk menyalakan api sentimen anti-China di seluruh dunia, selain membuli negara lain melalui ugutan untuk memotong bantuan dan mengenakan sekatan yang berkaitan.

Tegas beliau lagi, semua negara baik besar mahupun kecil adalah sama rata. Perbuatan membuli dan hegemoni tidak akan memberikan jalan keluar.

周乔西