China dan ASEAN Intensifkan Persahabatan

2020-10-10 14:47:07  CRI
Share with:

Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying dalam sidang akhbar semalam menyatakan siri aktiviti diplomatik yang bakal dijalankan Menteri Luar China, Wang Yi berhubung 7 buah negara anggota ASEAN telah menunjukkan keikhlasan dan cita-cita pihak China untuk mendorong kerjasama China-ASEAN dan mengintensifkan hubungan persahabatan kedua-dua pihak.

Siri aktiviti berkenaan termasuk utusan khas Presiden Indonesia dan Menteri Luar Filipina akan melawat China, sementara Wang Yi bakal melawat Kemboja, Malaysia, Laos, Thailand dan Singapura.

Hua Chunying berkata, negara-negara ASEAN merupakan jiran muhibah bagi China yang juga rakan kerjasama penting dalam pembinaan bersama “Inisiatif Jalur dan Laluan” (BRI). Ketika menghadapi penularan COVID-19, China dan ASEAN memilih berganding bahu membendung pandemik itu. Selain itu, dalam 8 bulan pertama tahun ini, jumlah perdagangan China-ASEAN meningkat 3.8%, sekali gus menjadikan ASEAN rakan dagang yang terbesar bagi China buat kali pertama.

Hua menekankan, China berharap terus mendorong kerjasama dengan negara ASEAN pasca COVID-19, mempergiat pemulihan ekonomi dan pembangunan sosial sehingga mendorong hubungan China-ASEAN berkembang maju ke tahap yang baharu.

张宪