Bas Berlanggar Kereta Api, 18 Maut

2020-10-12 14:02:46  CRI
Share with:

 

Bas Berlanggar Kereta Api, 18 Maut_fororder_tragedi1

Bas Berlanggar Kereta Api, 18 Maut_fororder_tragedi2

Sebuah bas berlanggar dengan sebuah kereta api di Chachoengsao, Thailand semalam, mengakibatkan 18 maut termasuk pemandu bas. Setakat ini, 29 mangsa cedera telah dihantar ke hospital, dan 14 lagi cedera ringan.

 

Difahamkan, terhadap 60 penumpang dalam bas itu. Menurut seorang saksi, bas itu dirempuh kereta api kargo ketika melintasi landasan kereta api.

 

Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-o-cha menyampaikan rasa dukacita selepas kemalangan itu berlaku. Beliau mengarah pelbagai jabatan merawat mangsa dengan sedaya upaya dan menjalankan siasatan segera terhadap punca kemalangan.

胡星