China-ASEAN Tingkatkan Kerjasama pada "Era Pasca Wabak"

2020-10-13 14:35:45  CRI
Share with:

China-ASEAN Tingkatkan Kerjasama pada "Era Pasca Wabak"_fororder_微信图片_20201013143020

Ahli Dewan Negara yang juga Menteri Luar China, Wang Yi memulakan lawatan rasmi ke Kemboja, Malaysia, Laos, dan Thailand serta mengadakan lawatan transit di Singapura. Ini merupakan kegiatan diplomatik yang penting antara China dengan negara ASEAN dalam norma baharu bagi meningkatkan kerjasama pada "era pasca wabak".

Setelah tercetusnya pandemik COVID-19, China dan negara ASEAN bersatu padu dan bekerjasama menempuh ujian wabak ini. Presiden Xi Jinping berhubung dengan pemimpin-pemimpin negara ASEAN melalui telefon untuk menyatakan sokongan. China dan negara-negara berkenaan saling menghulurkan bahan bantuan membendung penularan wabak dan kelengkapan perubatan serta berkongsi pengalaman, di samping mengadakan kerjasama dalam penyelidikan dan pembangunan vaksin. Sebagai negara yang maju dalam bidang penyelidikan dan pembangunan vaksin, China akan mengutamakan permintaan negara-negara ASEAN setelah vaksin dihasilkan.

Di samping itu, China dan negara-negara ASEASN berusaha bersama-sama untuk memulihkan ekonomi. Pada Januari hingga Ogos lalu, jumlah dagangan antara China dengan ASEAN mencatat USD416.55 bilion (RM 1.728 trilion) dan meningkat 3.8% berbanding dengan tempoh yang sama tahun lalu. ASEAN buat kali pertama menjadi rakan dagang terbesar bagi China.

Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini mengambil pelbagai langkah untuk melaga-lagakan hubungan antara China dengan ASEAN. Namun kedua-dua pihak ini menolak hasutan itu dan kerjasama kedua-dua pihak semakin diperkasakan.

Seterusnya, beberapa aktiviti dan mesyuarat antara China dengan ASEAN akan diadakan. Ini bermanfaat bagi pembinaan Komuniti Berkongsi Nasib China-ASEAN serta memberikan sumbangan yang lebih besar bagi kedamaian, kestabilan dan pembangunan serantau bahkan dunia.

徐国玮