China-Kemboja Tandatangani FTA

2020-10-13 13:48:20  CRI
Share with:

China menandatangani perjanjian perdagangan bebas (FTA) dengan Kemboja secara rasmi semalam. Menurut pegawai Kementerian Perdagangan China, tahap kebebasan perdagangan komoditi dan askes pasaran perkhidmatan perjanjian itu telah mencapai tahap paling tinggi dalam FTA yang sedia ditandatangani oleh China.

Menteri Perdagangan China, Zhong Shan dan rakan sejawatanya dari Kemboja, Pan Sorasak memeterai perjanjian itu secara dalam talian.

Menurut FTA itu, 97.53% barang import dari Kemboja akan dikecualikan tarif, antaranya 97.4% akan segera menikmati pengecualian tarif selepas penguatkuasaan FTA itu. Pengurangan tarif melibatkan kategori pakaian, kasut, produk pertanian dan lain-lain.

Pada masa yang sama, produk China yang dikecualikan tarif akan mencapai 90%, antaranya, 87.5% akan dikecualikan tarif sepenuhnya segera selepas penguatkuasaan FTA itu, termasuk bahan dan produk tekstil, produk pemesinan dan elektrik dan lain-lain.

胡星