Wang Yi: Malaysia Diutamakan dalam Agihan Vaksin

2020-10-14 13:23:41  CRI
Share with:

Ahli Dewan Negera yang juga Menteri Luar China, Wang Yi bertemu dengan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Kuala Lumpur semalam.

Wang Yi berkata, China dan Malaysia bantu-membantu dan bersama-sama menghadapi ancaman pandemik COVID-19, ini memperlihatkan hubungan persahabatan umpana persaudaraan antara kedua-dua negara. China bersedia mempergiat kerjasama dengan Malaysia dalam pelbagai bidang, memperkasakan perkongsian strategik komprehensif kedua-dua negara ke tahap lebih tinggi pada era pasca wabak.

Beliau menegaskan, China akan membekalkan vaksin kepada Malaysia. 

Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan, Malaysia memandang China sebagai rakan kerjasama penting dan menyatakan terima kasih kepada China yang menghulurkan bantuan perubatan kepada Malaysia. 

Beliau menyatakan, Malaysia akan terus memainkan peranan positif bagi menggalakkan kerjasama China-ASEAN ke tahap lebih tinggi dan memperkasakan kerjasama kedua-dua negara dalam rangka Pertubuhan Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) .

胡星