CNN: Ekonomi China Pulih Pantas

2020-10-14 15:01:01  CRI
Share with:

CNN melaporkan, dalam senario dunia yang sedang memperkasakan usaha melawan pandemik COVID-19, ekonomi China menyaksikan pemulihan lebih pantas.

Laporan itu berbunyi, kerajaan China melaksanakan langkah-langkah kawalan yang ketat bagi menghalang wabak itu merebak, di samping merangsang penggunaan domestik melalui penyediaan pelbagai tawaran berbentuk baucar dan kupon bernilai tinggi.

Sementara itu, laporan CNN turut memberitahu bahawa beberapa tempat di China termasuk Yunnan, Henan, Sichuan, Chongqing, Shaanxi dan Hebei menunjukkan tanda pemulihan pesat susulan kegiatan ekonomi tempatan yang kembali aktif menerusi projek prasarana.

Menurut unjuran Bank Dunia, menjelang hujung tahun ini, nisbah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China daripada KDNK global akan menyaksikan pertumbuhan sebanyak 1.1 peratus, manakala Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah pula dijangka memperlihatkan penyusutan.

董筱娉