Masyarakat Antarabangsa Puji Keanggotaan China dalam COVAX

2020-10-14 14:19:34  CRI
Share with:

Keanggotaan China dalam pelan peruntukan vaksin COVID-19 (COVAX) baru-baru ini disambut baik oleh masyarakat antarabangsa.

China mengumumkan keanggotaannya dalam pelan peruntukan vaksin COVID-19 (COVAX). anjuran bersama-sama Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), dan Gabungan untuk Inovasi Kesediaan Wabak (CEPI). Langkah China tersebut menimbulkan perhatian tinggi dan pujian masyarakat antarabangsa.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Persekutuan Vaksin dan Imunisasi Global (GOVI), Dr. Seth Berkeley dalam akaun media sosialnya berkata, "saya amat gembira mengalu-alukan penyertaan China dalam COVAX. Penyertaan China akan memberi jaminan kepada pengagihan vaksin secara adil di seluruh dunia. Tiada seorang pun selamat sebelum semua orang menjadi selamat."

Selain itu, Indonesia, Bangladesh, Pakistan, Maghribi dan Mesir telah mencapai perjanjian dengan syarikat pengeluar vaksin di China.

Menurut ulasan Washington Post, penyertaan China dalam COVAX akan memperkasakan kerjasama pelbagai hala dan China akan muncul sebagai peneraju dalam kesihatan awam di dunia.

徐国玮