Laos Yakin Pembangunan Ekonomi China

2020-10-15 14:35:40  CRI
Share with:

Presiden Laos, Bounnhang Vorachit dan Perdana Menteri, Thongloun Sisoulith masing-masing ditemui Ahli Dewan Negara merangkap Menteri Luar China, Wang Yi di Viantiane semalam.

Wang Yi berkata, China bersedia memperkasakan kerjasama dengan Laos untuk melawan pandemik COVID-19, dan terus menyediakan barang pencegahan wabak kepada negara itu. China dan Laos yang berjaya mengawal penularan wabak bukan sahaja bermanfaat bagi pemulihan ekonomi masing-masing, tetapi juga akan memperkasakan kerjasama ekonomi dan perdagangan antara kedua-dua negara.

Thongloun berkata, pihaknya beryakinan penuh terhadap kawalan wabak dan pembangunan ekonomi China. Laos yakin China akan menjadi teladan melawan wabak dan penggerak paling penting bagi pertumbuhan ekonomi dunia.

徐国玮