Fauci: Cabaran Lebih Getir Menanti AS

2020-10-16 15:06:15  CRI
Share with:

Pakar penyakit berjangkit Amerika Syarikat, Dr. Anthony Fauci memberitahu bahawa usaha membendung penularan wabak COVID-19 akan menghadapi masalah amat besar memandangkan jangkitan baharu merekodkan 40 ribu hingga 50 ribu setiap hari di negara itu menjelang musim sejuk. 

Menurut statistik Universiti Johns Hopkins (JHU), kes COVID-19 telah mencecah 7.9 juta di AS setakat ini, dengan kes kematian melebihi 210 ribu.

Sementera itu, jangkitan baharu harian juga dilihat meningkat ketara sejak bulan September dengan sistem perubatan yang rapuh dianggap penyebab kadar kematian yang tinggi.

Agensi berita Bloomberg melaporkan, AS menjadi negara maju yang merekodkan kadar kematian paling tinggi akibat wabak COVID-19.

周乔西