Perkasakan Pembangunan Shenzhen dengan Inovasi

2020-10-16 14:33:19  CRI
Share with:

"Inovasi ialah penggerak paling utama, dan China harus memperoleh inisiatif dalam revolusi sains dan teknologi serta pembaharuan perindustrian sejagat". Inilah salah satu dari 10 pengalaman berharga bagi pembangunan zon ekonomi khas (SEZ) Shenzhen yang dikatakan Presiden Xi Jinping dalam perhimpunan memperingati sambutan ulang tahun ke-40 SEZ Shenzhen yang diadakan Rabu lalu. Dari sebuah nelayan kecil hinggalah bandar sains dan teknologi, pembangunan Shenzhen yang menajubkan itu berkait rapat dengan inovasi.

Ketika bandar Shenzhen baru ditubuhkan, hanya terdapat dua orang jurutera di bandar itu. Sumber sains dan teknologi hampir tiada. Tetapi pasa masa sekarang, terdapat lebih 30 ribu buah syarikat inovasi sains dan teknologi termasuk sejumlah syarikat terkenal berakar umbi di bandar itu. Shenzhen menduduki tangga teratas dalam senarai 30 bandar inovasi di China oleh Forbes China.

Bermula pada tahun 1990-an, kerajaan telah memperkenalkan dasar dan insentif untuk mendorong syarikat meningkatkan daya inovasi.

Shenzhen mengambil peluang penyusunnan semula struktur industri sejagat dan menyertai dengan aktif sistem industri sejagat. Sementara itu, pembangunan selama 40 tahun di bandar itu pula memberikan manfaat kepada ekonomi dunia. Semakin banyak syarikat gergasi antarabangsa membuka pusat penyelidikan dan pembangunan di Shenzhen.

Cetak biru baharu telah dibuka, Shenzhen yang memperkasakan pembaharuan dan keterbukaan akan terus menyertai jaringan inovasi sejagat dan memberikan sumbangan yang lebih besar kepada ekonomi dunia yang terbuka.

徐国玮