Wang Yi Bertemu Prayuth Chan-o-cha

2020-10-16 12:08:50  CRI
Share with:

Wang Yi Bertemu Prayuth Chan-o-cha_fororder_1447822685

Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-o-cha ditemui Menteri Luar China, Wang Yi di Bangkok semalam.

Wang berkata, kerjasama antara China dengan Thailand telah berjaya menempuh ujian wabak COVID-19 dan mempunyai masa depan yang cerah. China menyokong Thailand mengikuti jalan pembangunan yang sesuai dengan keadaan sendiri, selain mahu melihat Thailand mewujudkan kemakmuran dan ketenteraman sosial.

Prayuth pula merakamkan terima kasih atas sokongan dan bantuan China ketika melawan wabak dan menyanjung tinggi kenyataan Presiden Xi Jinping yang mengumumkan vaksin hasil China akan dijadikan produk awam. Pihaknya akan mengekalkan dasar satu China dan komited mempelajari pengalaman China dalam membasmi kemiskinan dan mahu aktif mengambil bahagian dalam Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE). Beliau turut menghargai kerjasama sumber air antara China dengan negara-negara aliran Sungai Mekong dan komited berusaha bersama China untuk memperkasakan kerjasama serantau.

覃淼