Pasaran China Faktor Eksport Pisang Kemboja Pesat

2020-10-19 17:24:03  CRI
Share with:

Kementerian Pertanian, Perhutanan dan Perikanan Kemboja memaklumkan bahawa pisang Kemboja menunjukkan pertumbuhan pesat setelah mendapat akses untuk dieksport ke China.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada semalam, kementerian tersebut turut memberitahu jumlah eksport itu hanya mencatat 10,000 tan pada 2018, dan melambung kepada 157,000 pada 2019.

Menurut kenyataan itu lagi, pisang Kemboja yang dieksport ke China pada 9 bulan pertama 2020 melebihi 210,000 tan.

Untuk rekod, kementerian itu menyatakan bahawa kebanyakan buah-buahan terbabit dieksport ke China, sementara yang lainnya dijual ke Vietnam, Singapura dan Jepun.

Dalam pada itu, majlis penyerahan surat kuarantin mangga Kemboja di China telah diadakan pada 9 Jun lalu, yang menandakan buah segar jenis kedua keluaran Kemboja akan dieksport ke China.

Pertumbuhan yang ketara itu dijangka akan mendorong lagi kepada pembangunan pertanian negara tersebut.

高蕾