Embargo Senjata ke atas Iran Tamat

2020-10-19 11:47:40  CRI
Share with:

Kementerian Luar Iran, Ahad lalu, membuat kenyataan mengenai penamatan embargo senjata Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) ke atas Teheran, yang berkuat kuasa serta-merta.

Kenyataan itu berbunyi, perjanjian nuklear yang dikenali Pelan Tindakan Komprehensif Bersama (JCPOA) menetapkan bahawa penamatan embargo berkenaan adalah keputusan muktamad yang dilaksanakan tanpa syarat dan tidak memerlukan sebarang resolusi baharu.

Menurut kenyataan tersebut, semua sekatan terhadap pemindahan senjata, aktiviti berkenaan dan perkhidmatan kewangan membabitkan Iran, serta larangan dikenakan ke atas sesetengah warga negara itu dan anggota tentera berhubung kemasukan atau transit melalui negara anggota PBB, ditamatkan secara automatik bermula 18 Oktober.

董筱娉