Bahrain, Israel Jalin Hubungan Diplomatik

2020-10-19 12:59:32  CRI
Share with:

Bahrain dan Israel mewujudkan hubungan diplomatik secara rasmi apabila Menteri Luar Abdullatif Al Zayani dan Penasihat Keselamatan Negara Meir Ben-Shabbat menandatangani Pengumuman Bersama di Manama, Ahad lalu.

Agensi Berita Bahrain (BNA) melaporkan, jalinan itu melakar satu era baharu untuk hubungan dua negara tersebut. Mereka juga menandatangani memorandum persefahaman (MoU) mengenai ekonomi, perdagangan, telekomunikasi, komersial, perkhidmatan penerbangan, pergerakan rakyat, perbankan dan kewangan.                

董筱娉