Ekonomi China Berada di Landasan Tepat

2020-10-20 15:45:59  CRI
Share with:

Bank Dunia menyatakan ekonomi China yang semakin pulih dilihat berada di landasan yang tepat dan akan mencapai keseimbangan kelak.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan pengumuman operasi ekonomi China pada suku ketiga, semalam.

Bank Dunia turut memberitahu, China berjaya mengawal penularan COVID-19 sejak Mac lalu, secara tidak langsung menyaksikan ekonomi pulih beransur-ansur.

Ekonomi China Berada di Landasan Tepat_fororder_aks

Dalam pada itu, pihaknya juga menaikkan unjuran pertumbuhan China sepanjang tahun 2020 sebanyak 1%, iaitu kepada 2%, yang berpandukan perbelanjaan kerajaan, lonjakan eksport dan jangkitan baharu dalam kadar yang rendah.

Selain itu, pertumbuhan China juga diunjurkan pada kadar 7.9% pada tahun depan.

高蕾