Pertumbuhan Positif Petanda Ekonomi China Makin Rancak

2020-10-20 12:46:40  CRI
Share with:

Data terkini Biro Statistik Negara (NBS) China menunjukkan, operasi ekonomi negara kembali rancak apabila Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi tiga suku pertama tahun ini mencatat pertumbuhan positif dengan kadar kenaikan sebanyak 0.7 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Menurut NBS, beberapa sektor domestik buat julung kalinya menyaksikan pertumbuhan positif pada tahun ini, antaranya termasuk jualan runcit barangan pengguna, pelaburan aset tetap, pendapatan boleh guna per kapita, jumlah import dan eksport kargo dan lain-lain. Kenaikan semua indeks tersebut membuktikan China melakukan yang terbaik untuk memulihkan ekonomi negara.

Pemulihan yang memberangsangkan itu memperlihatkan betapa berkesannya strategi dan usaha yang didahulukan China untuk membendung penularan COVID-19 dan menjaga keselamatan nyawa rakyat sebelum merangsang pemulihan ekonomi dan kegiatan pengeluaran.

Selaku entiti ekonomi kedua terbesar, prestasi ekonomi China yang semakin baik pasti akan menyumbang kepada pemulihan ekonomi dunia. Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mengunjurkan kadar pertumbuhan ekonomi China bagi tahun 2020 sebanyak 1.9 peratus, dan negara ini dijangka menjadi satu-satunya entiti ekonomi utama di dunia yang mencatatkan pertumbuhan positif.

董筱娉