Biasiswa Elit China-ASEAN 2020 Dilancarkan

2020-10-21 13:16:12  CRI
Share with:

Biasiswa Elit China-ASEAN 2020 Dilancarkan_fororder_3b87e950352ac65ca44dbe3fb3e5c51692138ad5

Majlis perasmian Biasiswa China-ASEAN 2020 anjuran Misi Diplomatik China untuk ASEAN diadakan secara dalam talian di Jakarta, Indonesia semalam.

Biasiswa Elit China-ASEAN 2020 Dilancarkan_fororder_0bd162d9f2d3572c796e579cc004142063d0c385

Naib Menteri Luar China, Luo Zhaohui dalam ucapannya menyanjung tinggi peranan yang dimainkan tawaran biasiswa ini untuk memperkukuh hubungan sosiobudaya China-ASEAN dalam masa lebih daripada setahun yang lalu.

Menurutnya, China akan terus menggalakkan belia cemerlang dari ASEAN untuk melanjutkan pengajian di China dengan harapan golongan belia China dan ASEAN dapat belajar dan menimba pengalaman antara satu sama lain untuk meningkatkan persefahaman agar menjadi pewaris dan pembina hubungan persahabatan kedua-dua pihak.

Biasiswa Elit China-ASEAN 2020 Dilancarkan_fororder_dcc451da81cb39dbce6ff04199017e23ab18301c

Sementara itu, Setiausaha Agung ASEAN, Dato Paduka Lim Jock Hoi pula menyatakan, China telah menawarkan peluang latihan kepada lebih seratus belia ASEAN dengan bantuan biasiswa ini.

Katanya, tindakan ini telah mendorong interaksi dalam bidang sosiobudaya dan persefahaman antara ASEAN dengan China.

Dalam pada itu, beliau juga menegaskan bahawa golongan muda wajar memainkan peranan penting bagi mewujudkan ASEAN yang inklusif, lestari, dan penuh semangat selain memberi sumbangan kepada perkukuhan hubungan China-ASEAN.

曹捷