Tohmahan Politikus Barat, Dusta Keji

2020-10-21 14:41:59  CRI
Share with:

Institut Dasar Strategik Australia yang ditaja oleh kekuatan anti-China mengeluarkan laporan yang menuduh wujudnya gejala “buruh paksa” di Xinjiang. Laporan tidak berasas itu turut diperalat oleh sesetengah politikus Barat untuk memburuk-burukkan China.

Dakwaan tersebut kini disangkal dengan bukti dan fakta yang dijelaskan dalam laporan yang dikeluarkan Pusat Penyelidikan Pembangunan Xinjiang semalam.

Laporan itu ditulis berdasarkan hasil tinjauan terhadap lebih 70 buah syarikat serta respons daripada 800 orang usahawan dan penduduk etnik minoriti di wilayah tersebut.

Fakta menunjukkan bahawa kerajaan pelbagai peringkat di Xinjiang telah mengambil banyak inisiatif untuk menggalakkan pengambilan pekerjaan di kalangan penduduk etnik minoriti, termasuk menawarkan latihan vokasional dan memberi bantuan kepada mereka yang mahu mencari rezeki ke tempat lain. Semuanya dilakukan dengan menghormati hasrat golongan tersebut. Maka, tidak wujud sama sekali apa yang disebut “buruh paksa”.

Di samping itu, kebebasan beragama pekerja etnik minoriti dihormati dan dilindungi sepenuhnya. Menurut statistik, kadar kemiskinan di Xinjiang menurun kepada 1.24% pada hujung 2019 daripada 19.4% pada 2013. Inilah bukti bahawa pendapatan kaum minoriti telah meningkat ketara melalui bekerja.

Pekerjaan yang agak memuaskan kini berjaya disediakan kepada kaum minoriti di Xinjiang pada tahap maksimum. Hal ini tanda penting kepada kemajuan usaha hak asasi manusia, juga gambaran keberhasilan dasar China berkaitan Xinjiang.

张哲