Rondaan Bersama ke-98 Sungai Mekong Bermula

2020-10-21 12:05:10  CRI
Share with:

Tiga buah kapal membawa anggota penguat kuasa undang-undang China berlepas dari pelabuhan Guanlei di provinsi Yunnan semalam, menandakan bermulanya rondaan bersama Sungai Mekong kali ke-98 yang dijalankan dengan Laos, Myanmar dan Thailand.

Sebelum ini, empat negara itu menyalurkan maklumat berkaitan keadaan keselamatan di  perairan Sungai Mekong secara telesidang dan mencapai persepakatan dalam operasi memerangi aktiviti jenayah rentas sempadan.

Operasi bersama kali ini menumpukan perairan sekitar Sungai Mekong yang masih berleluasanya kegiatan penyeludupan membabitkan dadah dan senjata api serta pemerdagangan manusia.

董筱娉