Laporan Prospek Ekonomi Asia Pasifik yang dikeluarkan oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada semalam menunjukkan ekonomi rantau itu sedang mula pulih daripada kemelesetan susulan COVID-19.
Walau bagaimanapun, laporan itu turut memberi indikator bahawa pemulihan yang dialami oleh pelbagai entiti ekonomi berada pada tahap yang berbeza.
Untuk rekod, ekonomi Asia Pasifik diunjurkan menyusut 2.2% sepanjang tahun 2020.
Menurut IMF, unjuran tersebut termasuk penguncupan entiti maju sebanya 4%, serta pengurangan bagi pasaran baharu dan entiti membangun sebanyak 1.6%.
Dalam pada itu, laporan itu turut memberitahu China dijangka menyumbang pertumbuhan sebanyak 1.9%, iaitu satu-satunya yang merealisasikan pertumbuhan susulan penyambungan semula pengeluarannya pada suku kedua.
Selain itu, IMF turut mengunjurkan kadar itu akan direkodkan pada 6.9% di rantau berkenaan pada 2021.