Petani Xunhua Tambah Pendapatan Melalui Penanaman Walnut

2020-10-23 10:12:15  CRI
Share with:

Petani Xunhua Tambah Pendapatan Melalui Penanaman Walnut_fororder_微信图片_20201023094534

 

Ma Fumin (Abdul Hakim), lelaki etnik Salar yang berumur 38 tahun bukan sahaja seorang guru mengajar bahasa Arab, malahan pengurus Syarikat Kerjasama Pertanian dan Penternakan Yisheng di kampung Hebei, pekan Jishi, Kaunti Autonomi Salar Xunhua, provinsi Qinghai.

 

Petani Xunhua Tambah Pendapatan Melalui Penanaman Walnut_fororder_微信图片_20201023094553

pokok walnut

Ladang walnut yang diuruskan syarikat tersebut kira-kira 5 hektar yang mampu menghasilkan 50 ribu kg setahun. Walnut tersebut kebanyakannya dibeli pelanggan tempatan, yang lainnya dipasarkan di tempat lain provinsi Qinghai.

 

Petani Xunhua Tambah Pendapatan Melalui Penanaman Walnut_fororder_微信图片_20201023094620

Petani Xunhua Tambah Pendapatan Melalui Penanaman Walnut_fororder_微信图片_20201023094541

 

Dengan itu, pendapatan bersih boleh mencapai lebih RMB300,000 (RM190,000) untuk setahun melalui penjualan walnut.

Walnut, lada hitam dan cili merupakan tiga jenis hasil pertanian yang terkenal di Xunhua.

 

Petani Xunhua Tambah Pendapatan Melalui Penanaman Walnut_fororder_微信图片_20201023094548

 

Ladang penanaman lada hitam yang diuruskan syarikat tersebut pula seluas 1.73 hektar yang boleh menghasilkan 3,000 kg dengan membawa keuntungan bersih melebihi RMB100,000 (RM60,000) setahun.

Ma amat bersyukur dengan dasar kerajaan yang telah memberi sokongan besar kepada petani tempatan termasuk membekalkan baja dan racun perosak secara percuma.

Menurut Ma, sejak syarikat tersebut ditubuhkan pada 2015, perolehan syarikat semakin meningkat. Lebih 20 orang tempatan dari etnik Salar dan etnik Tibet telah diupah dengan gaji purata bulanan sebanyak RMB4,500 (RM2,800), antaranya empat orang dari keluarga miskin.

王瑾