Junjung Kedamaian, Tidak Gentar Provokasi

2020-10-24 14:25:35  CRI
Share with:

Kemenangan perang menentang pencerobohan Amerika Syarikat (AS) dan membantu Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) berjaya mematahkan cubaan imperialis  meluaskan lingkungan pengaruhnya melalui pencerobohan, dan mempertahankan keselamatan Republik Rakyat China yang baru ditubuhkan ketika itu, sekali gus memelihara kedamaian Asia, bahkan dunia.

Demikian dinyatakan Presiden China, Xi Jinping dalam majlis memperingati ulang tahun ke-70 penglibatan Tentera Sukarela Rakyat China dalam perang tersebut, yang diadakan di Beijing semalam.

Pada bulan Jun 1950, AS menghantar tentera untuk mencampur tangan dalam Perang Korea, sehingga membawa ancaman kepada kawasan sempadan China-DPRK. Pengerahan tentera ke DPRK untuk melawan pencerobohan AS merupakan keputusan signifikan yang dibuat pemimpin China pada masa kritikal ketika itu.

Melalui perjuangan bermati-matian selama dua tahun lagi sembilan bulan, anggota tentera China dan rakyat DPRK yang berganding bahu akhirnya memenangi perang tersebut, sedangkan sungguh lemah kekuatan sendiri jika berbanding dengan musuh.

Sepertimana yang dinyatakan Presiden Xi bahawa kemenangan perang itu merupakan petanda penting China menuju ke arah kebangkitan nusa dan bangsa.

Berbanding dengan 70 tahun yang lalu, kedamaian dan pembangunan telah menjadi arus perdana dunia pada zaman ini. Namun begitu, sesetengah politikus AS yang enggan mengambil iktibar daripada sejarah masih berpegang pada mentaliti Perang Dingin dan konsep mainan campur-tolak. Mereka dengan sewenang-wenangnya mengamalkan unilateralisme, hegemoni egoisme ekstrem, serta mengenakan sekatan terhadap China.

Cubaan membuli dan menceroboh oleh mana-mana negara pasti akan menemui kegagalan, tanpa mengira betapa besarnya kekuatan mereka. China menjunjung kedamaian, namun tidak akan membiarkan kedaulatan sendiri dicabuli. Rakyat China juga tidak gentar berdepan sebarang kesulitan dan cabaran yang mendatang.

Semangat perjuangan yang ditempa semasa perang itu akan menjadi sumber inspirasi untuk rakyat China mengatasi segala kesukaran, dan teguh menempuh jalan pembangunan yang damai, terbuka dan mengutamakan kerjasama antarabangsa.

张哲