Dr. Kuhn Ulas Sidang Pleno Ke-5 Jawatankuasa Pusat Ke-19 PKC

2020-10-27 14:26:49  CRI
Share with:

Secara rasminya, Sidang Pleno ke-5 Jawatankuasa Pusat ke-19 Parti Komunis China (PKC) membuka tirainya di Beijing, semalam.

Rangka tindak Rancangan Lima Tahun ke-14 adalah penting dalam menggariskan pembangunan sosioekonomi China untuk tempoh lima tahun akan datang, khususnya dalam suasana perdagangan global yang masih lembap, eksport barangan China kurang rancak, iklim antarabangsa bergolak dan bertambah sensitif terhadap pembangunan China.

Justeru, China perlu menghadapi cabaran ekonomi domestik dan iklim antarabangsa yang kurang memuaskan secara teliti.

Untuk itu, sarjana hal ehwal China dari Amerika Syarikat, Dr. Robert Lawrence Kuhn memfokuskan strategi “dwikitaran” anjuran Presiden Xi Jinping, strategi ekonomi jangka sederhana Visi 2035, selain memperincikan kaedah China untuk mewujudkan matlamat membangunkan negara solialis yang kuat pada tengah abad ini.

覃淼