CDC: “Kematian Berlebihan” Hampir 300 Ribu

2020-10-27 14:19:43  CRI
Share with:

CDC: “Kematian Berlebihan” Hampir 300 Ribu_fororder_as2

CDC: “Kematian Berlebihan” Hampir 300 Ribu_fororder_AS

Menurut laporan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS), angka kematian penduduk di negara itu sejak awal tahun ini hampir 300 ribu lebih tinggi daripada jangkaan.

CDC berkata, dua pertiga daripada “kematian berlebihan” tersebut adalah disebabkan langsung oleh pandemik COVID-19.

Menurut statistik CDC, bilangan kematian di komuniti keturunan Sepanyol, Afrika dan Asia lebih tinggi berbanding kaum kulit putih dengan kadar 53.6%.

“Kematian berlebihan” biasanya ditakrif sebagai perbezaan antara bilangan kematian yang dilihat dalam masa tertentu dan bilangan kematian yang dijangka dalam masa yang sama.

覃淼